Bom apa yang boleh menyelamat orang dan tidak pernah meletup?
Boleh nampak, tak boleh pegang. Tanpanya, manusia tak boleh hidup.
Kadang putih, kadang hitam, kadang hilang di langit.
Masuk satu lubang terbesar, keluar tiga lubang yang kecil.
Tempat di mana raja dan ratu kena berperang.
Gunung apa yang tertinggi sebelum Everest dijumpai?
Jam yang busuk, tetapi anda pakai juga.
Jam apa yang manusia berjalan di atas?
Bila kita jalan ataupun berhenti, dia tetap jalan. Tapi bila dia berhenti, kita akan mati.
Apa yang boleh diukur, tetapi bukan dengan unit panjang, berat, kelajuan dan masa?
Benda ini sangat berharga, tetapi setiap orang pun ada. Mudah dibuang, tak mungkin disimpan.
Mi ini mempunyai kolestrol yang banyak, tetapi anda makan setiap hari juga. Apakahnya?
Dia mengunting rambut setiap hari, tetapi rambutnya masih ada. Siapakah dia?
Walaupun dia bukan doktor, tetapi setiap orang pun kena disuntik olehnya. Siapakah dia?
Apakah makanan yang boleh buka, tetapi tak boleh tutup?
Kucing yang mempunyai poket.
Kita semua tahu 2 + 2 = 4, tetapi kamu tahu ke jawapan lain dia apa?
Saya mempunyai tiga mata. Setiap mata mempunyai warna dan fungsi yang berlainan. Siapakah saya?
Masa itu berharga. Tetapi ada sesuatu masa yang tiada orang mahu, apakah dia?
Tempat ini memberi makanan, minimum dan tempat tidur secara percuma. Tetapi tiada sesiapa pun yang suka tinggal di sini. Manakah tempat ini?
Kamu cuba koyak kulit saya, tetapi saya tidak sakit, kamu pula yang menangis. Siapakah saya?